"Para bayi yang dirawat untuk demam kuning lebih cenderung untuk mendapat autisme berbanding bayi yang lain, walaupun peratusan untuk mendapatnya adalah rendah", kata Rikke Damkjaer Maimburg dari Universiti Aarhus di Denmark dan rakan-rakannya. Maimburg dan rakan-rakannya telah membuat kajian keatas semua bayi yang lahir di Denmark antara tahun1994 dan 2004. Mereka mendapati bahawa 2.37 peratus bayi yang lahir cukup bulan dan dirawat sebagai pesakit demam kuning telah mendapat autisme berbanding 1.4 peratus bayi yang tidak mempunyai demam kuning. Penjelasan samada demam kuning adalah penyebab atau akibat berlakunya tingginya risiko mendapat austisme masih tidak diketahui. Mereka merasakan bahawa bilirubin, iaitu toxin yang terkumpul pada pesakit demam kuning berkemungkinan menyebabkan kerosakan tisu otak, dan mengganggu tumbesaran otak seterusnya menyebabkan autisme.
Walaubagaimanapun, Maimburg menekankan bahawa para ibubapa tidak perlu bimbang tetapi sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan demam kuning pada bayi, bayi tersebut perlu dirawat segera.
Walaubagaimanapun, Maimburg menekankan bahawa para ibubapa tidak perlu bimbang tetapi sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan demam kuning pada bayi, bayi tersebut perlu dirawat segera.
Journal reference: Pediatrics, DOI: 10.1542/peds.2010-0052