Saturday, September 4, 2010

Kuey Teow

Teringin nak makan kuey teow goreng tapi nak buat rice noodlenya sendiri. Google2 akhirnya jumpa resepi&video kat internet ttg how to make rice noodle aka kuey teow.

Bahan:
1cup@250g tepung beras/rice flour
1/3cup@ 84g tepung jagung/corn flour
1/2teaspoon @ 2.5g garam
350ml air sejuk

caranya:
Masukkan semua bahan dalam bekas & sebatikan campuran. Sapukan minyak sikit@mentega@majerin pada tudung periuk yg leper@bekas leper yg tahan haba, dan tuangkan sedikit campuran tepung ke atasnya dan stimkan/kukuskan. macam buat lempeng tp tak sama..Bila dah masak dlm 2-3 minit kalau api kuat, gulungkan lempeng tersebut. Ulang& buat sehingga larutan tepung habis. Pastu gunting rice noodle tu dan masukkan ke dalam kuali untuk digoreng. Goreng la macam nak masak nasi goreng@bihun goreng@ mee goreng @ maggi goreng.
P/S: Halalnya kuey teow @ rice noodle bergantung kpd bahan dan minyak yg digunakan semasa membuatnya. Biasanya orang cine suka menggunakan lemak babi utk menggantikan majerin@ minyak. Sebab lemak babi sedap bagi dorang. Jangan salahkan dorang sebab guna lemak babi sebab dorang yg masak, suka hati dorang la kan. Kita? cari la yang halal.











- Posted using BlogPress from my iPhone o_Ó

No comments:

Post a Comment