Pada suatu  hari, Umar Al-Khatab sedang  bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota   Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang   membawa  kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung  yang  diselimutkan di  belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab  apabila terlihat keadaan  itu, lantas  bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" 
Kerana  panik  sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda  itu  menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah  madu.  Walhal benda  itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap  bohong itu pemuda tadi  sebenarnya  ingin berhenti dari terus minum  arak. Dia sesungguhnya telah menyesal  dan insaf dan  menyesal melakukan  perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam  penyesalan itu dia  berdoa  kepada Tuhan supaya Umar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi  kendinya   yang ditegah oleh agama itu. 
Pemuda itu masih menunggu  sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan  madu." 
Kerana  tidak percaya,  Khalifah Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu.  Rupanya doa  pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga  telah  menukarkan isi kendi itu  kepada madu. Begitu dia berniat untuk  bertaubat, dan Tuhan memberikan  hidayah,  sehingga niatnya yang ikhlas,  ia terhindar dari pergolakan Khalifah Umar  Al-Khatab,  yang mungkin  membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih  berisi khamar. 
Allah Taala berfirman, 
"Seteguk   khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardu dan sunatnya   selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah   Taala tidak  menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang  tetap minum  khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul  Khabal'. 
Ketika  ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" 
Jawab  Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "