Monday, December 13, 2010

Hari-hari adalah sejarah....

Sedar atau tidak, sebenarnya setiap hari yang kita lalui telah dilakarkan dalam lembaran sejarah untuk diri kita.Ini bermakna perkara-perkara yang berlaku tidak dapat diubah melainkan dengan izin Allah. Ada orang menjadikan lakaran sejarah hidupnya sebagai pemangkin untuk maju ke hadapan, dengan kata lain, sejarah hidup di gunakan dengan sebaiknya untuk menjadi orang yang lebih taat perintah Allah dan Rasul-Nya. Kita juga digalakkan dan diseru oleh para ahli agama yang mursyid supaya menjadikan sejarah -sejarah yang lepas sebagai iktibar, teladan, panduan dan contoh yang terbaik untuk kita mengharungi kehidupan kita yang mendatang. Ada juga orang menjadikan sejarah hidupnya sebagai titik-tolak untuk lebih mundur ke hadapan, atau lebih ringkasnya, sejarah yang berlaku tidak diendahkan olehnya dan pengajaran yang sesuai tidak diambil berdasarkan peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dalam hidupnya.Akibatnya, orang yang sedemikian akan lebih jauh dari mengamalkan perintah Allah dan Rasul-Nya.Adakah kita mahu menjadi orang yang maju atau mundur ke hadapan? Kita sering meng'update' diri kita dengan teknologi-teknologi yang canggih, pakaian-pakaian yang berjenama, kereta-kereta yang mewah, rumah-rumah yang gah dan makanan-makanan yang enak dan lazat, serta kita istiqomah mengikuti perkembangannya, malahan kita sanggup berkorban beribu-ribu masa, tenaga dan wang ringgit untuknya, TETAPI pernahkah kita melakukan pengorbanan yang sama untuk melakukan amalan-amalan agama yang keuntungannya paling kurang akan memberi manfaat untuk diri kita?

No comments:

Post a Comment