Wednesday, August 11, 2010
Saiz Pinggang Besar Berisiko Tinggi Untuk Mati (Ajal maut ditangan Allah)
Baru-baru ini journal dari Perubatan Dalaman melaporkan bahawa individu yang mempunyai saiz pinggang yang besar merupakan orang yang mempunyai risiko kematian yang tinggi disebabkan oleh apa-apa jua penyakit dalam jangkamasa 9 tahun.
Kita sedia maklum bahawa orang mempunyai saiz pinggang yang besar , sebelum ini dikaitkan dengan penyakit radang@inflamasi, kencing manis jenis yang ke-2, masalah ketidaknormalan tahap kolesterol dan sakit jantung. Ini mungkin disebabkan oleh saiz pinggang yang sangat kuat dikaitkan dengan tisu lemak yang banyak di dalam Viscera(Viscera adalah satu lapisan yang meliputi organ-organ di dalam badan kita), dan tisu-tisu lemak ini berkemungkinan besar lebih mendatangkan bahaya jika dibandingkan dengan tisu lemak di bawah lapisan kulit kita.
Eric J. Jacobs, Ph.D., dan rakan-rakannya di Pusat Kanser Amerika yang terletak di Atlanta, telah memeriksa dan mengkaji tentang hubungkait antara saiz pinggang dan risiko kematian di kalangan 48,500 orang lelaki dan 56,343 orang wanita yang berumur 50 tahun dan keatas (kebanyakannya berumur 69 tahun bagi lelaki dan 67 tahun bagi wanita). Kesemua mereka telah turut serta dalam Kajian Pencegahan Kanser melalui Nutrisi II secara Berkelompok, yang mana mereka telah menjawab pelbagai soalan melalui pos, berkenaan dengan demografik, perubatan dan tingkahlaku yang berlaku dalam tahun 1992 atau 1993, dan maklumat berkenaan berat badan dan saiz pinggang semasa tahun 1997. Semua kematian mereka dan puncanya dijejak rekodnya melalui Index Kematian Kebangsaan sehingga 31 Disember 2006. Untuk pengetahuan, sebanyak 9,315 orang lelaki dan 5332 orang wanita telah mati sehingga penghujung 2006.
Selepas mengambilkira dan mengkaji kaitan antara body mass index(BMI)* dan lain-lain faktor risiko, didapati saiz pinggang yang sangat besar(120sentimeter atau 47 inci atau lebih besar untuk orang lelaki dan 110 sentimeter atau 42 inci atau lebih besar untuk wanita) sangat berkait rapat dengan sekurang-kurangnya 2 kali risiko kematian dalam jangkamasa kajian dijalankan. Saiz pinggang yang lebih besar telah dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam semua tahap BMI, samada berat badan normal, lebih dari normal atau gemuk dan terlalu gemuk. Walaubagaimanapun, di kalangan wanita, kaitan ini sangat kuat di kalangan mereka yang berat badan normal. Kenapa ya? Alasannya masih kabur dan memerlukan kajian yang lebih terperinci untuk menjelaskan persoalan kadar kematian yang tinggi dikalangan wanita yang bersaiz pinggang besar tetapi berat badan yang normal(BMI rendah dan normal).
Mungkin akan ada perubahan dalam panduan klinikal kesihatan berkaitan dengan berat badan? Siapa tahu.
*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment