Berikut adalah 3 catatan berkaitan Hijrah Rasulullah s.a.w
Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau agaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. (pada tahun 1855 S.M.) dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur (bersamaan dengan tahun 571 M.) Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.
Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l – Wa d a ‘ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.
2 Di dalam Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam menyebut Ibnu Ishak berkata bahawa orang yang pertama sekali berhijrah ke Madinah dari kalangan sahabat Rasullah s.a.w dari Quraisy dari Bani Makhzum adalah Abu Salamah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.[ii] Ia berhijrah ke Madinah setahun sebelum berlaku perjanjian Aqabah.
Dari Ibnu Ishak , Ibnu Hisyam berkata Rasullah s.a.w menetap di Quba di penempatan Bani Amru bin Auf pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda telah mengasaskan pembinaan Masjid Quba. Allah mengeluarkan Rasulullah s.a.w dari kaum Ansar di Quba pada hari Jumaat. Rasulullah telah mendapat perintah untuk solat Jumaat sewaktu baginda berada di perkampungan Bani Salim bin Auf ia itu di lembah Ranuna. Itu lah solat Jumaat pertama Baginda di Madinah.[iii]
[i] Di siarkan Berita Harian 24 Jan 2007 . DAWAMA ialah Dawama Sdn.Bhd., ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti-aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP. Saya petik secara berpisah-pisah – tidak sepenuhnya. [ii] Muka surat 124 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini
[iii] Muka surat 163 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini
[iv] Muka surat 211 Sejarah Hidup Muhammad
http://aburedza.wordpress.com/2009/12/25/ali-bin-abi-thalib-r-a-mencadangkan-peristiwa-hijrah-nabi-sebagai-asas-tahun-islam/
- Dalam risalah DAWAMA mengenai Ensiklopedia Dunia [i] mencatitkan :

3.Sementara itu Muhammad Husain Haekal dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad menulis :Dalam pada itu ia ( Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah di Quba’ – dua farsakh jauhnya dari Medinah. Empat hari ia tinggal di tempat itu, ditemani oleh Abu Bakr. Selama masa empat hari itu mesjid Quba’ dibangunnya. Sementara itu datang pula Ali b. Abi Talib ke tempat itu setelah mengembalikan barang-barang amanat - yang dititipkan kepada Muhammad s.a.w – kepada pemilik-pemiliknya di Mekah. Setelah itu ia sendiri meninggalkan Mekah, menempuh perjalanannya ke Yathrib dengan berjalan kaki. Malam hari ia berjalan, siangnya bersembunyi. Perjuangan yang sangat meletihkan itu ditanggungnya selama dua minggu penuh, yaitu untuk menyusul saudara-saudaranya seagama.[iv]
[i] Di siarkan Berita Harian 24 Jan 2007 . DAWAMA ialah Dawama Sdn.Bhd., ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti-aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP. Saya petik secara berpisah-pisah – tidak sepenuhnya. [ii] Muka surat 124 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini
[iii] Muka surat 163 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini
[iv] Muka surat 211 Sejarah Hidup Muhammad
http://aburedza.wordpress.com/2009/12/25/ali-bin-abi-thalib-r-a-mencadangkan-peristiwa-hijrah-nabi-sebagai-asas-tahun-islam/
No comments:
Post a Comment